Saturday, November 27, 2010

Mari Mengenal Kongkang (Slow Loris)

Ramai orang tak kiralah kanak-kanak ke,orang dewasa ke tak kenal haiwan primat yang bernama "Kongkang". Kongkang atau nama english Slow Loris merupakan seekor haiwan dari spesis mamalia yang dikategorikan dalam primat kecil kerana saiznya yang agak kecil. Haiwan ini juga dikenali sebagai haiwan pemalu kerana sifatnya yang pemalu dan pergerakannya yang agak perlahan. Haiwan ini akan menggulungkan badannya apabila tido dan pemakanannya adalah terdiri daripada sayur-sayuran seperti sawi,lobak,kacang,buah buahan seperti honeydew,epal,oren,roti,telur dan juga serangga-serangga kecil (kebiasaannya ni makanan yg dibagi kongkang dalam kurungan seperti di zoo).  
Kongkang mempunyai mata yang besar dan bulu yang sangat lembut(macam bulu teddybear...besst).Oleh itu haiwan ini tergolong dalam haiwan yang terancam dan dilarang untuk menjadikannya haiwan peliharaan. Kalau beminat jugak kena apply lesen daripada pihak PERHILITAN (macam kalau nak pelihara ular, kena apply lesen)....^^v
~Comelkan....bestnya~

~Ni la kongkang bagi mana-mana yang tak pernah tengok~
Saya sangat suka kongkang, jadi mana-mana nak bagi hadiah birthday bolehlah bagi kongkang ekk.Saya terima dengan gumbira.heheheee...\(0_0)/

AMAZING RACE ASIA SEASON 4-----FINAL

~Starting at Kuala Lumpur..all 10 teams~
~~~Wow....korang layan tak Amazing Race Season 4???Ada 10 team semua sekali...Now dah tinggal lagi 3 team yang akan ke final this week....Team yang akan ke final Natasha &Hussein (Ayah dan anak drp.Indonesia) Richard&Richard (friend drp.Filipina) dan Micheal&Claire (friend drp. Singapore)....who will be the next winner for this challenging race?we'll wait together....^^v...
10 team yang terpilih untuk Amazing Race Season 4 adalah Ethan&Khairi(Malaysia-my paberet team..hehee), Jess&Lani(Philippines),Natasha&Hussein(Indonesia),Michelle&Claire(Singapore),Richard&Richard(Philippines),Dimple&Sunaina(India),Sahil&Manas(India),Ivan&Hilda(Malaysia),Nadine&Yani(Indonesia),Alan&Wendy(Hong Kong).....Mereka dah mengembara ke seluruh dunia iaitu ke negara Malaysia (Penang,KL dan Kota Kinabalu), Indonesia (Bali), Sri Lanka(Colombo), Australia(Sydney,Queensland), Korea Selatan, Philippines and New Zealand....final episode xtahu kat mana....so suprise....~~~Memang race yang cukup adventure yang mana setiap member mesti tau everything spt.driving,diving,swimming,baca map,dll...mereka mestilah mempunyai daya tahan yang kuat, fizikal dan mental, emosi dan semua-semuala...cukup pakej race ni...huhuhuu... 
So that,mana-mana yang berminat nak tengok boleh menonton di channel AXN setiap khamis jam 9.00 malam atau terus ke website AXN-www.axn-asia.com....dengan dihoskan oleh Allan Wu,so race ni lagi best dan menarik untuk ditonton bersama-sama....\(0_0)/
~Host Allan Wu~

~My favourite team..Ethan&Khairi~


Miss Lai Story: ~Berlabuhnya Tirai Sukan Asia Guangzhou 2010~

Miss Lai Story: ~Berlabuhnya Tirai Sukan Asia Guangzhou 2010~: "~Logo Sukan Asia Guangzhou 2010~ Bermula daripada 12 November hingga 27 November 2010, Bandaraya Guangzhou, China merupakan tuan rumah bag..."

~Berlabuhnya Tirai Sukan Asia Guangzhou 2010~

~Logo Sukan Asia Guangzhou 2010~
Bermula daripada 12 November hingga 27 November 2010, Bandaraya Guangzhou, China merupakan tuan rumah bagi temasya Sukan Asia 2010 kali ini. Bandaraya ini dilimpahi dengan cahaya dan ribuan atlet yang datang dari seluruh pelosok Asia untuk sama-sama menyertai Sukan Asia Guangzhou 2010 yang ke-16. Guangzhou merupakan bandaraya kedua terbesar di China selepas ibu negara Beijing. Sejumlah 476 acara dalam 42 sukan dijangka dipertandingkan oleh atlit, menjadikannya acara terbanyak dalam sejarah Sukan. Terdapat 53 venue pertandingan dan 17 venues latihan untuk temasya sukan ini. 


~Antara persembahan menarik~

~Nyalaan obor menandakan bermulanya Sukan Asia -16 Guangzhou, China~


~Antara yang menarik sepanjang pembukaan Sukan Asia Guangzhou 2010~
~Sungai Mutiara (Pearl River) menjadi saksi pembukaan dan penutupan Sukan Asia~

~Perarakan masuk kontinjen Malaysia yg.diketuai oleh Koo Kean Keat (pemain badminton negara) yg membawa "Jalur Gemilang"


Upacara pembukaan secara rasminya bermula pada 12 November 2010, pukul 8.00 malam waktu tempatan. Buat julung kalinya dalam sejarah, upacara pembukaan tidak diadakan dalam stadium, sebaliknya dilangsungkan di tepi Sungai Mutiara di Pulau Haixinsha. Upacara ini dikelola oleh Chen Weiya, juga pembantu pengarah Sukan Olimpik 2008 di Beijing, dengan melibatkan sebanyak 6,000 penari. Untuk pengetahuan korang, upacara ini berlangsung selama empat jam, dan menelan belanja kira-kira 380 million yuan (termasuk sekali upacara penutupan). Memang MELETOP dan HEBAT gile la pembukaan dan penutupan Sukan Asia Guangzhou kali ni...


Walaupun negara kita Malaysia hanya mampu berada di tangga ke-10 dengan meraih 9 emas, 18 perak dan 14 gangsa, namun ianya satu kemajuan yang memberansangkan dan mencapai sasaran MSN sekaligus berjaya mengatasi prestasi ketika di Doha yang ketika itu di tangga yang ke-11. Apapun, ia satu peningkatan membanggakan apatah lagi dengan graf pencapaian negara di Temasya ini sentiasa menunjukkan kenaikan walaupun perlahan dalam empat edisi terakhir selepas meraih 8-17-17 di Doha 2006; 6-8-16 di Busan 2002 dan 5-10-14 di Bangkok 1998. 
SYABAS DAN TAHNIAH ATLIT MALAYSIA DI SUKAN ASIA GUANGZHOU 2010......


Antara wajah-wajah ceria penyumbang pingat emas di Guangzhou......

"SYABAS MALAYSIA.....SELAMAT TINGGAL GUANGZHOU...
JUMPA DI INCHEON, KOREA SELATAN 2014"